Bunuh rakan kerana sering pinjam, curi duit

Bunuh rakan kerana sering pinjam, curi duit

MELAKA: Kecurigaan seorang majikan terhadap pekerjanya yang tidak datang bekerja terjawab apabila lelaki itu ditemui mati berlumuran darah di asrama pekerja di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, petang semalam.

Mangsa berusia 32 tahun yang juga warga Nepal dipercayai dibunuh rakan sekerja sebelum mayatnya ditemui di dalam tandas.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang lelaki kira-kira jam 6.42 petang, sebelum sepasukan polis bersama pasukan forensik ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan tidak hadir bekerja pada hari kejadian sebelum majikannya ke asrama pekerja bagi mencarinya sebelum menemui mayat lelaki terbabit.

“Mayat berkenaan ditemui di tandas di premis itu dalam keadaan tidak berbau dan hasil siasatan turut menemui sebatang kayu dan kabel telefon berhampiran mayat mangsa.

“Susulan daripada maklumat awam diterima, polis kemudian berjaya menjejaki suspek yang juga warga Nepal berusia 20 tahun di sebuah hentian rehat di Pedas Linggi, kira-kira jam 11.30 malam tadi,” katanya.



Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mendapati mangsa dan suspek saling mengenali dan rakan sekerja selama tiga bulan.

“Soal siasat awal dijalankan mendapati motif kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dan berdendam dengan mangsa kerana si mati selalu meminjam dan mencuri duitnya, selain mangsa turut dikatakan sering lambat membuka pintu.

“Selain itu pemeriksaan dijalankan turut mendapati terdapat kesan jerutan pada badan mangsa.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 19 Julai, kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian,” katanya. BH



Bunuh rakan kerana sering pinjam, curi duit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker