Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya
Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya
KETIKA ahli politik sibuk berkempen untuk memenangi Pilihan Raya Negeri, aktor terkenal Bell Ngasri turut melakukan hal sama.
Bukan untuk meraih undi merebut kawasan tetapi demi mendakap trofi anugerah pertama dalam hidupnya.
Masakan tidak, dia berkempen untuk mendapatkan sokongan ramai sudah seperti ahli politik untuk menang pilihan raya.
Kempen
Bagi Bell, 43, kempen untuk Anugerah Bintang Popular (ABPBH35) tersebut bukan dilakukan semata-mata untuk dirinya meraih anugerah tetapi juga ibarat hadiah buat peminat yang sudah menyokonganya selama ini.
Bolos dalam kategori Top 5 Artis Komedi popular sudah cukup menggembirakan hati pemilik nama penuh Nasrizal Ngasri itu.
“Tercalon sebagai finalis boleh dikatakan sebagai kejayaan besar sebab saya memang tak pernah menang sebarang trofi sepanjang lebih tiga dekad bergelar anak seni.
“Kalau lihat senarai calon lain, mereka jauh lebih popular dan jumlah pengikut mereka ramai dalam media sosial. Kelab peminat pun saya tiada sebenarnya,” katanya kepada Pose.
Walaupun dilihat berkempen siang dan malam, Bell bagaimanapun enggan meletakkan harapan telalu tinggi meraih kemenangan tersebut.
“Tipulah kalau cakap tidak simpan harapan untuk menang kategori pelakon komedi itu. Sejujurnya saya tak tahu selok belok ‘permainan’ untuk meraih undi, apabila sudah tersenarai Top 5, barulah belajar cara nak promosi diri.
“Menceburkan diri dalam dunia seni seawal usia 6 tahun, sudah tentu saya juga mempunyai impian ingin menang trofi yang boleh dijadikan kenangan sebagai anak seni.
“Kalau menang sekali ini sahaja pun saya cukup bersyukur. Ibu saya pun turut menangis bila tahu saya tercalon,” ujarnya yang popular menerusi watak Barkoba menerusi siri 16 Puasa.
Mengenai kemeriahan kempennya itu, Bell memberitahu, poster-poster yang dimuat naik dalam media sosial merupakan hasil kerja keras peminat.
“Macam-macam poster yang muncul, sudah rasa seperti wakil rakyat atau Yang Berhormat (YB) pula. Memang terharu.
“Paling terkejut, saya terima banyak sokongan daripada rakan selebriti dan peminat dari seluruh negara. Mereka tidak henti-henti mendoakan kemenangan saya,” kongsinya.
Selain artis komedi, Bell juga tidak menafikan bahawa sebenarnya, ramai mahu melihatnya dinobatkan sebagai bintang paling popular.
Kendatipun, dia enggan memberi harapan kepada orang ramai kerana semuanya bergantung kepada jumlah undian yang diterima nanti.
“Kalau artis komedi masih boleh lagi saya usahakan tetapi untuk bintang paling popular, agak sengit.
“Persaingan terlalu kuat sedangkan saya sendiri tiada kelab peminat seperti selebriti lain. Kalau dapat, satu keajaiban. Jika tidak, saya okey sahaja,” kongsinya.
Mamat Khalid
Dalam pada itu, dia tidak menyangkal kejayaannya tercalon dalam kategori artis komedi adalah hasil kejayaan watak lelaki suka ponteng puasa iaitu Barkoba yang sudah sinonim dengan dirinya.
“Sehingga hari ini, orang panggil saya Barkoba dan tidak dapat dinafikan watak itu membawa tuah sehingga ramai tertunggu-tunggu kemunculannya setiap kali bulan Ramadan.
“Semuanya hasil kepercayaan yang diberikan Allahyarham Mamat Khalid kepada saya untuk membawakan watak yang cukup ikonik itu.
“Terima kasih tidak terhingga kepada arwah,” tutur Bell penuh rasa rendah diri. K Online
Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya
Baca Artikel Menarik:
- Cabul anak tiri kerana isteri kerap main phone
- Tengku Permaisuri Selangor Dipuji Cantik Berhijab Lepas Balik Dari Haji
- Banglo saya tak sampai RM1 juta pun – Abang Sanusi
- Sanusi tak mahu komen
- 7 bulan kerajaan perpaduan, tiada isu ancam Islam seperti era PH di bawah Mahathir – Shahrir
- Jaguar yang dipinjamkan pada Anwar tidak menggunakan dana Yayasan Aman
- Cat Farish dapat kejutan kenduri besar
- Potong zakar sendiri, buang dalam tandas
- Rangka makhluk aneh menyerupai ikan duyung ditemui wanita jadi tanda tanya
- Penangan Ustaz Somad, 50,000 banjiri Dataran Sejarah
- Mahathir kritik prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’
- Bunuh rakan kerana sering pinjam, curi duit
- Mission Impossible 7, satu lagi ‘keajaiban’ Tom Cruise
- Kata jaga Melayu, Islam, kekayaan berbilion ringgit – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih