Anak durjana pukul ibu berusia 91 tahun

Anak durjana pukul ibu berusia 91 tahun

Mukah: Seorang lelaki warga emas ditahan kerana memukul ibunya yang berusia 91 tahun sehingga cedera di muka.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 60 tahun itu ditahan di sebuah rumah panjang di Selangau kira-kira 3 petang semalam.



Katanya, penahanan suspek dibuat selepas kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Selangau pada 11 malam, 14 Julai lalu.

“Tangkapan sudah dibuat dan kes masih dalam siasatan.

“Mangsa juga sudah diberi rawatan di Klinik Kesihatan Selangau dan kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.



“Polis turut mengesan video berdurasi 26 saat yang tular di Facebook semalam memaparkan suspek memukul mangsa menggunakan tangan,” katanya. HM

Anak durjana pukul ibu berusia 91 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker