REE, Sanusi sembunyi bangkai gajah yang amat busuk – Shaiful

REE, Sanusi sembunyi bangkai gajah yang amat busuk – Shaiful

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa sedang berhempas-pulas menyembunyikan sesuatu yang ‘amat busuk’ daripada rakyat negeri itu dalam skandal kecurian nadir bumi (REE) di Kampung Chong, Sik.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Islam telah mendedahkan mengenai kompaun RM500,000 terhadap Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang dipengerusikan oleh Muhammad Sanusi.



“Saya yakin, sesuatu yang cuba disembunyikan itu amat busuk sehingga baunya dapat dihidu pihak berkuasa walau cuba ditutup Menteri Besar Kedah itu.

“Bangkai gajah yang mahu disembunyikan selama ini sudah terdedah dan saya yakin lebih banyak pendedahan yang akan muncul selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin membuat pendedahan tersebut ketika berucap pada Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak di Jerai, malam tadi.

Surat kompaun di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara kerana mencuri REE ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Kedah, Datuk Fauzi Mustafa.



Shaiful Hazizy mendakwa, Muhammad Sanusi sebelum ini cuba berlagak suci dan mulus di depan rakyat, namun pendedahan itu menjelaskan beliau cuba menyembunyikan dosa Perikatan Nasional (PN) daripada pengetahuan umum.

“Nampaknya bukan sekadar penjenayah yang ‘kantoi’ mencuri REE di Kedah ini saja dikompaun, namun rupa-rupanya MBI yang diterajui Muhammad Sanusi juga dikompaun dan ‘bangkai’ itu cuba dirahsiakan dari rakyat.

“Saya yakin, pihak berkuasa akan berlaku adil berhubung skandal kecurian REE di Kedah dengan siasatan lebih terperinci dan membawa petualang sebenar ke muka pengadilan tidak lama lagi,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Muhammad Sanusi untuk segera mengaku beliau telah menerima surat tuntutan kompaun bertarikh 4 Oktober 2022 daripada Pejabat Tanah dan Galian Kedah itu sekiranya beliau benar-benar ‘anak jantan Kedah’.



“Jumlah setengah juta itu juga bukan sedikit, kerugian kerana membayar kompaun berkenaan adalah kerugian wang rakyat, yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan orang yang memerlukan bantuan,” katanya. MG

REE, Sanusi sembunyi bangkai gajah yang amat busuk – Shaiful

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker