Ucapan Sanusi boleh pecah belahkan masyarakat – Mahdzir Khalid

Ucapan Sanusi boleh pecah belahkan masyarakat – Mahdzir Khalid

Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah digantung kerana ucapannya berpotensi memecahbelahkan masyarakat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu berkata, walaupun kebebasan bersuara adalah hak bagi setiap rakyat, setiap platform yang digunakan tetap ada batasannya.



“Di seluruh dunia, kebebasan ada batasnya. Malah di Singapura, terdapat ISA, dan setiap negara mempunyai undang-undang menentang hasutan.

“Kebebasan adalah penting, tetapi ia perlu dikenal pasti batasannya. Apabila seseorang melampaui batasan dan menyebabkan kegusaran kepada orang lain, maka sudah tiba masanya untuk tutup (perkara tersebut),” katanya dalam satu sidang media di Bilik Gerakan BN Bahagian Merbok, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sanusi yang mendakwa akaun TikToknya telah digantung semalam sebagai satu tindakan untuk mengganggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, adalah menjadi tanggungjawab seseorang pemimpin tidak kira kerajaaan mahupun pembangkang agar menetapkan batasan kepada kebebasan bersuara bagi mengelakkan peningkatan kebencian dalam masyarakat.



“Kita mempunyai dua perkara penting yang perlu dipertimbangkan. Pertama, perpaduan dan kedua kita tidak boleh menaruh kebencian atau mengeluarkan perkataan yang menghasut kebencian. Kita harus memberi keutamaan kepada perpaduan.

“Jika kita tidak berhati-hati, perpaduan dapat mudah hancur dan ia boleh membawa kepada permusuhan antara bangsa Melayu dan Cina, Cina dan India, India dan Melayu dan sebagainya,” katanya.

Tegas beliau, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa negara ini berbilang kaum dan perlu saling menghormati antara satu sama lain, sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu mengakui bahawa majoriti penduduk Malaysia adalah Muslim dan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, semua pihak menerima bahawa Islam adalah agama rasmi.



“Kita juga menerima bahawa negara ini adalah sebuah negara yang berbilang kaum dengan pelbagai agama, termasuk Islam, Buddha, Kristian, dan semua agama lainnya,” tambah beliau.

Semalam, Sanusi bahawa akaun TikToknya disekat sekali gus menyifatkan tindakan berkenaan sebagai usaha menghalang kemaraan berkempen secara maya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mahu pihak berkaitan mengaktifkan semula akaun media sosial miliknya itu bagi memudahkannya mendekati rakyat, khususnya menjawab pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap dirinya.

Untuk rekod, pada November 2022, Tiktok telah memaklumkan ahli atau parti politik yang menggunakan TikTok untuk menyebarkan kandungan yang mengelirukan, maklumat palsu, atau iklan politik, akan dilarang dari platform tersebut.



Ketua Dasar Awam (Malaysia dan Filipina) Tiktok, Kristoffer Rada, dilaporkan berkata, platform tersebut akan melarang penyebaran maklumat palsu yang boleh menyebabkan kerosakan kepada komuniti, termasuk maklumat mengelirukan berkaitan pilihan raya dan proses sivik yang lain. MG

Ucapan Sanusi boleh pecah belahkan masyarakat – Mahdzir Khalid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker