Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa

KLANG: Bapa kepada kanak-kanak berusia 10 tahun, Dea Maisarah, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, mahu kebenaran di sebalik kematian anak sulungnya itu dirungkai.

Bada Hussein, 48, berkata, pengelasan kematian iaitu ‘Brought in Dead’ (BID) dalam sijil atau permit pengebumian adalah palsu dan tidak benar.

“Kita sedia maklum, anak saya masih hidup dengan saya ada bukti termasuk resit pembayaran. Ramai juga mempersoalkan supaya saya reda, (saya) memang reda, tetapi amar maaruf dan nahi mungkar. Kejahilan kita cegah.



“Jadi dengan masalah ini, pembohongan pihak berkenaan wajib dibongkarkan. Kita mahukan keadilan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Dea Maisarah hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya Ahad minggu lalu sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Kes itu tular di media sosial apabila timbul dakwaan kanak-kanak itu lewat diberi rawatan dengan terpaksa menunggu lebih 40 minit sebelum mengalami sesak nafas, selain terpaksa diikat kerana meronta.

Pihak hospital juga didakwa membuat laporan palsu berhubung kematian kanak-kanak itu dengan mengatakan mangsa sudah meninggal dunia ketika dihantar untuk mendapatkan rawatan.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan menerima dua laporan berhubung kes kematian Dea Maisarah masing-masing dibuat HTAR dan bapa kanak-kanak itu.

Sementara itu Bada yang juga peniaga makanan berkata, dia membuat laporan polis bagi memastikan punca sebenar kematian anaknya itu dapat dibongkar.

Tindakan itu penting, katanya, kerana tidak mahu ia berulang dengan individu lain pula mengalami nasib sama seperti anaknya.

“Cukuplah Dea Maisarah yang terakhir menderita akibat kecuaian pihak berkenaan,” katanya.



Sementara itu, peguam mewakili Bada, Hafiz Norkhan, berkata insiden menimpa Dea Maisarah serius dan memerlukan siasatan telus pihak berkuasa.

“Perkara ini satu isu besar di negara kita apabila dalam kes dokumentasi pengisytiharan kanak-kanak itu disahkan BID.

“Bermula hari ini, kita akan beri keterangan menerusi laporan polis tentang apa berlaku daripada perspektif anak guam saya yang ada masa kejadian. Kerjasama akan diberikan dan mohon siasatan telus.

“Setakat ini, saya dapat arahan ambil tindakan saman sivil terhadap HTAR dan Kementerian Kesihatan dengan saman ini bukan bersifat materialistik,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya



Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah



Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker