‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS

KUALA KEDAH – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut dan disarankan agar bersara dari arena politik selepas didakwa menghina institusi diraja Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, Muhammad Sanusi perlu dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan tersebut agar menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menghina Raja-Raja Melayu di negara Ini.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, Menteri Besar seharusnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat dan bukan sebaliknya.



“Mohon maaf bukan satu penyelesaian. Ini tidak akan mendidik rakyat untuk patuh kepada undang-undang. Kita hendak tegakkan kehuluran undang-undang. Kita mahu institusi diraja itu dihormati dan dijunjung oleh rakyat Malaysia. Kita tidak boleh ada pemimpin seperti Ini.

“Bagi saya Sanusi sudah tidak layak untuk menjadi Menteri Besar atau pemimpin politik, eloklah dia bersara kerana MB perlu seiring dengan Sultan walaupun berbeza negeri. Semangat menjunjung sistem beraja Ini, semangat menghormati sistem diraja Ini tidak ada pada dirinya,” katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Faiz yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkata demikian selepas Program Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan di Pasar Nelayan Seberang Kota, dekat sini.

Jelasnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah bertitah pada Isnin bahawa kenyataan Muhammad Sanusi yang dianggap menghina institusi diraja Selangor, masih belum selesai.



“Bukti jelas, pihak Istana Selangor telah membuat kenyataan menyatakan kes Ini belum selesai, bermaksud permohonan maaf bukan jalan penyelesaian.

“Saya pasti beliau patut dihadapkan ke mahkamah, beliau berhadapan dengan kes dan boleh mempertahankan diri (di mahkamah),” ujarnya.

Tambah Faiz, banyak juga ucapan pemimpin tersebut sebelum ini yang turut mempertikaikan Kerajaan Perpaduan yang telah dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perkara tersebut boleh dianggap satu penghinaan kepada institusi diraja.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya



Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah



Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker