Sanusi kata masih belum menerima notis pendakwaan esok

Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata dia masih belum menerima notis pendakwaan mahkamah sebagaimana yang dilaporkan hari ini.

“Saya belum dimaklumkan,” katanya melalui pesanan teks ketika dihubungi

Pendakwaan terhadap pengarah pilihan raya PN itu dipercayai berkaitan kenyataan yang didakwa menghina institusi Kesultanan Selangor dalam memilih menteri besarnya.



Ini berdasarkan penyenaraian kes yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Selayang pada pukul 9 pagi esok, manakala sumber mengesahkan bahawa polis telah menyelesaikan siasatan mereka terhadap pemimpin PAS itu.

Menurut penyenaraian mahkamah, seorang dengan nama ‘Muhammad Sanusi Bin Md Nor’ akan didakwa di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Osman Affendi Mohd Shalleh dan Nor Rajiah Mat Zin masing-masing di Mahkamah Sesyen 1 dan 2 Selayang.

Dokumen itu, tersedia untuk orang ramai di laman web badan kehakiman, tidak menyatakan butiran mengenai pertuduhan atau jenis kes terhadap Sanusi.

Bagaimanapun, menurut sumber polis, MB Kedah itu disiasat bagi kes 3R (kaum, agama dan raja-raja Melayu) di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.



Seksyen 504 Kanun Keseksaan menetapkan kesalahan bagi penghinaan dengan sengaja yang menimbulkan provokasi kepada orang lain.

“Apa yang saya faham, IP (kertas siasatan) telah diserahkan kepada AGC (Jabatan Peguam Negara) awal hari ini,” kata sumber itu.

Terdahulu dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan menteri besar Selangor.

Sanusi beberapa hari lepas memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana berkata baginda memilih menteri besar “cokia (lekeh)”, ketika mengkritik rakan sejawatnya Amirudin Shari.



Sanusi bagaimanapun mendakwa kenyataannya diputar belit oleh musuh politik BN dan Pakatan Harapan (PH).

‘Menteri cokia’

Berikut antara kenyataan Sanusi yang menimbulkan kontroversi dan mengundang laporan polis itu:

“Bukan koman-koman (lekeh), sultan setara itu hangpa bayang dan tengok menteri besar (merujuk dirinya), sultan hebat macam itu tak akan pilih menteri besar cokia macam Amir (Amirudin). Inci pun tak berapa cukup.”



Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah bahawa isu kenyataan Sanusi yang didakwa menghina baginda belum selesai, menurut pejabat diraja.

“Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai,” kata pejabat itu dalam kenyataan di media sosialnya petang ini.

Kenyataan itu juga mendedahkan Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan (gambar, atas) menghadap baginda di di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Pertemuan secara berasingan itu, kata pejabat itu, membincangkan mengenai kenyataan Sanusi dalam ceramahnya di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi diraja Selangor.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya



Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker