MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]

Polis dilaporkan telah menahan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di satu lokasi di ibu negara awal pagi ini.

Menurut hantaran seorang pegawai Adun Jeneri itu, Helmi Khalid menerusi rakaman video yang dimuat turun dalam laman Facebook pagi ini, pemimpin PAS itu dipercayai ditahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dia kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.

Menurutnya, Sanusi ketika itu baharu sahaja pulang dari mesyuarat Perikatan Nasional (PN).

Menurut kronologi ditunjukkan oleh Helmi, pada jam 2.30 pagi, lebih kurang 20 anggota polis berada di luar pintu bilik penginapan Sanusi.

[videopress SwJbMIZg]

 

“YAB MB dibawa keluar dari bilik penginapan ke bawah. YAB diarah menaiki sebuah MPV menuju ke Balai Polis IPD Gombak,” dakwanya.

Berdasarkan maklumat laman sesawang mahkamah,  nama Sanusi tertera dan dia dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pada pukul 9 pagi, pagi ini.

Prosiding pendakwaan akan dilakukan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Media sebelum ini melaporkan, Sanusi dalam satu siri ceramah anjuran Perikatan Nasional (PN) mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor.

Menerusi video itu, pemimpin PAS itu turut didakwa memperlekehkan pelantikan Menteri Besar, Amirudin Shari.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima 31 laporan di seluruh negara membabitkan kenyataan Sanusi yang didakwa mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker