Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati

Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati

MARANG: Tampak comel namun sengatannya boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, obor-obor jenis Portuguese Man o’War atau nama saintifiknya ‘physalia physalis’ masih beracun walaupun sudah mati.

Sebanyak empat ekor obor-obor spesis tersebut ditemui terdampar di Pantai Kelulut dan pantai Pulau Kerengga di Marang.

Beliau tidak menolak kemungkinan kemunculan haiwan berbisa itu ke pesisir pantai disebabkan faktor musim monsun timur laut.

“Akibat daripada ombak ini jadi telah pun menghanyutkan spesis obor-obor ini ke pantai.

“Jadi nasihat sayalah kepada pengunjung-pengunjung pantai agar berhati-hatilah dengan spesis obor-obor ini. Obor-obor yang berwarna kebiru-biruan itu janganlah pegang kerana ia sangat bahayalah,” katanya.

Beliau turut menasihati penduduk dan pengunjung supaya berhati-hati ketika berada di pantai negeri Terengganu buat masa ini.

Ruzaidi berkata kali terakhir spesis hidupan itu ditemui di perairan Terengganu adalah pada Februari tahun 2020.

Jelasnya kajian sebelum ini merekodkan penemuan lebih 1,000 obor-obor spesis berkenaan terapung di perairan Lautan Hindi dan ia bergerak mengikut arus atau angin.-AA

Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker