Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15

Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15

BANGKOK: Thailand dinamakan sebagai antara “25 Tempat Terbaik untuk Bersara” oleh penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022.

‘The Land of Smiles’ menduduki tempat ke-11 dalam laporan itu dengan skor purata 72.9, meletakkannya di kedudukan teratas di Asia. Malaysia menduduki tempat ke-15 dengan purata markah 72.



Bangkok, Chiang Mai dan Hua Hin antara bandar pilihan popular dalam kalangan pesara.

Laporan itu berkata individu bujang boleh menetap di Thailand dengan perbelanjaan sekitar AS$1,000 sebulan, dan sewa pangsapuri serendah AS$400 hingga AS$500 sebulan.

Panama berada paling atas dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022 sebagai negara paling selamat, mampu dan paling mesra di dunia – dengan purata skor 86.1.

Costa Rica di tempat kedua, manakala Mexico ketiga – diikuti Portugal, Ecuador, Colombia, Perancis, Malta, Sepanyol dan Uruguay.

International Living berkata negara itu disenaraikan berdasarkan skor yang diberi merangkumi 10 kategori termasuk kos sara hidup, perumahan, visa dan kediaman, pembangunan, penjagaan kesihatan, iklim, faedah istimewa dan tadbir urus.

“Editor International Living menyusun, menyenarai dan menilai beberapa siri kriteria termasuk kos sara hidup, pembelian dan pelaburan, penjagaan kesihatan, kesesuaian, faedah istimewa dan iklim. Ini ialah penilaian kualitatif berdasarkan data dunia sebenar yang dikumpulkan di lapangan,” kata kenyataan itu.



International Living adalah penerbitan media cetak dan dalam talian yang menyediakan skop dan maklumat mendalam mengenai tempat terbaik di dunia untuk tinggal, bersara, mengembara dan melabur.– Malay Mail

Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker