Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

”Terima kasih Tan Sri Annuar Musa sebab bongkarkan perkara ini,” tulis pentadbir akaun Facebook Najib Razak.

Ucapan itu dizahirkan selepas pendedahan kontroversi bekas Ahli Parlimen Ketereh yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi UMNO jutaan ringgit ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020.



“Tapi persoalan yang masih belum terjawab ialah kenapa pula kamu masuk bilik tidur Muhyiddin?,” soalnya lagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menyiasat dakwaan Annuar dakwaan Muhyiddin memberi UMNO jutaan ringgit bagi membantu parti itu ketika pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 2020.

Laporan memetik sumber itu berkata, SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu.

Kedua-dua pihak iaitu Muhyiddin dan Annuar akan dipanggil untuk disoal siasat.



Pada 21 November lalu, tular video yang dimuat naik ke TikTok yang mana Annuar mendakwa Muhyiddin menemuinya di Sabah.

Dalam video berkenaan, bekas Menteri Komunikasi dn Multimedia itu mendakwa, dalam pertemuan itu beliau diberi “berpuluh juta” ringgit untuk PRN Sabah pada 2019 lalu.

“Saya loncat naik atas kapal terbang pergi ke Sibu…tanya Muhyiddin, saya masuk dalam bilik tidur dia beritahu UMNO habis duit di Sabah, tak cukup duit. Berpuluh juta Muhyiddin bagi membantu UMNO Sabah,” kata Annuar dalam video yang tular sebelum ini.

Malah dalam video sama, Anuar berkata, dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional itu mahu “membunuh” UMNO adalah “palsu dan rekaan”.



Untuk rekod, video tersebut tular dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). MG

Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN



Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker