JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas

JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan satu hantaran di media sosial yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Pengerusi Petronas yang baharu.

JPM berkata, maklumat yang terdapat di akaun media tersebut adalah palsu.



Justeru kata JPM, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti jangan kongsi. Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih melalui pautan di Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok,”katanya di laman Facebook sebentar tadi

Terdahulu, tular di laman sosial tular sebuah poster bertarikh hari ini yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ismail Sabri.

Menerusi poster tersebut didakwa Ismail Sabri disebut-sebut akan dilantik sebagai Pengerusi Petronas yang baharu.



Pada masa sama, Perdana Menteri pada dasar bersetuju dengan pelantikan tersebut dan ia telah dibincangkan dalam pertemuan antara PM dan Ismail Sabri semalam. K Online

JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN



Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker