PN menang di Padang Serai kerana mainan isu kaum dan agama – Mahfuz

PN menang di Padang Serai kerana mainan isu kaum dan agama – Mahfuz

Kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Padang Serai kepada Perikatan Nasional (PN) bukan isyarat penolakan rakyat kepada kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Putrajaya.

Pengerusi PH Kedah, Mahfuz Omar, berkata kemenangan PN di Padang serai adalah hasil gelombang PRU15 kepada gabungan itu yang masih belum reda.

“Keputusan Padang Serai tidak ada kena mengena dengan kerjasama PH-BN kerana di DUN Tioman kita (BN) menang, ini menunjukkan kerjasama itu tidak memberi apa-apa indikator terhadap keputusan pilihan kali ini.



“Kalau penolakan kerjasama PH-BN tentu di DUN Tioman kita tak menang, tapi kita menang di sana,” katanya.

Mahfuz turut mendakwa antara faktor kekalahan PH di Padang Serai kerana pengundi terpengaruh dengan agenda perkauman dan agama yang dimainkan lawan.

“Apa berlaku di Padang Serai ia adalah rentetan gelombang ditiup dengan membawa sentimen perkauman, keagamaan sempit yang menakutkan masyarakat dan rakyat dalam berpolitik.

“Jadi untuk atasi benda ini kita akan lihat apa kelemahan yang berlaku termasuk untuk menghadapi pilihan raya negeri Kedah,” katanya sambil memaklumkan kemenangan PN disebabkan gelombang pengundi Melayu dan bukan Melayu masih bersama PH.



Mengulas undi yang diterima calon Barisan Nasional (BN) hampir 3,000, Mahfuz berkata ia berlaku disebabkan pengumuman kerjasama dengan PH dibuat agak lewat dan mungkin pengundi tidak mendapat maklumat secara menyeluruh.

Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN) menang kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah selepas memperoleh majoriti 16,260 undi berbanding pencabar terdekat Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH).

Azman mendapat 51,637 undi manakala Sofee memperoleh 35,377 undi. Calon BN, C Sivaraj turut mendapat 2,983 undi walaupun beliau menarik diri bagi memberi laluan kepada PH.

Calon Bebas Sreanandha Rao mendapat 846 undi, diikuti Hamzah Abd Rahman dari Pejuang (424) dan Bakhri Hashim dari Pejuang (149).



Pilihan raya Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon PH M Karupaiya pada 16 Nov. Bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu meninggal dunia akibat serangan jantung. FMT

PN menang di Padang Serai kerana mainan isu kaum dan agama – Mahfuz


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker