McDonald’s kehabisan hash brown di Taiwan

GAMBAR menunjukkan hidangan hash brown di sebuah restoran McDonald’s di San Francisco, California. – AFP

 

TAIPEI – Francais McDonald’s Taiwan menyatakan hari ini bahawa sebilangan restorannya kehabisan bekalan hash brown yang diimport dari Amerika Syarikat dan terpaksa menggantung jualan hidangan itu akibat ketidakstabilan bekalan global.

Beberapa restorannya di Taiwan meletakkan papan tanda mengumumkan pembekuan jualan tersebut, manakala hash brown disenaraikan  sebagai ‘tidak ada buat masa ini’ dalam menunya.

“Terdapat kekurangan bekalan hash brown di restoran-restoran McDonald’s dan jualan akan digantung buat sementara waktu.



“Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka dan kami memohon maaf kerana kesulitan ini,” demikian menurut satu kenyataan yang disiarkan di laman syarikat itu.

McDonald’s Taiwan  menyatakan, pihaknya akan memulakan semula jualan hash brown pada separuh kedua bulan ini selepas stok sampai tetapi jualan jejari kentang tidak terjejas.

Rangkaian bekalan pelbagai barangan di seluruh dunia seperti mikrocip, makanan, barangan elektronik dan kayu terganggu akibat pandemik koronavirus. – AFP

McDonald’s kehabisan hash brown di Taiwan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker