Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) membuat laporan terhadap Anwar Ibrahim kerana memberikan bayangan bahawa sebahagian daripada dana gabungan itu untuk kempen PRU15 datang daripada syarikat perjudian.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Anwar cuba membina persepsi negatif terhadap PN ketika pilihan raya Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman sedang berlangsung.

Ketua Pemuda Bersatu itu berkata, laporan itu menunjukkan bahawa PN memandang serius dakwaan perdana menteri itu dan tiada apa-apa untuk disembunyikan daripada pihak berkuasa.

PAS sebelum ini meminta Anwar mengemukakan bukti selepas memberikan bayangan bahawa syarikat perjudian, terutamanya yang terbabit dalam “cabutan khas” 4D, sedikit sebanyak membiayai kempen pilihan raya PN.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, jika Anwar gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong “tuduhan liarnya”, PN akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker