Isu BERNAS, Shahidan melompat

 

ALOR SETAR – Pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan pemilikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) RM400 juta adalah tidak benar.

Shahidan turut mempersoal tindakan Anwar yang mendedahkan hanya beberapa nama terlibat dalam pembelian saham berkenaan selain mengumumkan secara terbuka butiran syarikat itu yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia.



Menurutnya, penjelasan berhubung isu berkenaan hanya akan dilakukan kemudian dan kemungkinan dalam persidangan Parlimen akan datang.

“Saya tidak ada saham dalam Bernas, pemilik Bernas yang perlu jawab isu terbabit.

“Pendedahan Anwar itu tidak benar. Insya-ALLAH saya akan berikan jawapannya di Parlimen nanti. Sepatutnya Anwar beri perhatian pulihkan negara berbanding korek hal-hal seperti itu. Kalau nak korek, korek semualah sebab Bernas syarikat yang disenaraikan, ini ialah pembelian saham dalam syarikat yang disenaraikan, apa kesalahannya?,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Pada Isnin, Anwar menegur Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang didakwa mempunyai monopoli terhadap import beras. Anwar turut dedahkan Syed Mokhtar telah membeli Bernas daripada Tan Sri Tan Boon Seng sebanyak 31 peratus (sekitar RM800 juta) dan RM400 juta daripada syarikat milik Shahidan.



Bagaimanapun Shahidan mempersoal kewajaran Anwar yang bertindak hanya menyebut namanya sedangkan terdapat lebih 1,000 syarikat disenaraikan.

“Beli saham dalam pasaran perlu cerita semua kah? Sebut semua lah, kenapa hanya nama saya diberikan perhatian. Bukan setakat tidak benar tetapi bolehkah Perdana Menteri ceritakan pembelian saham dalam syarikat disenaraikan secara terbuka?

“Saya sedang dapatkan nasihat perundangan sebab ini ialah syarikat disenaraikan, apakah boleh syarikat disenaraikan kita bincang secara terbuka. Kalau ya, saya ingat eloklah cerita semua syarikat yang ada,” soalnya lagi.

Menurutnya, pendedahan tersebut juga telah mengaibkan dirinya kerana merupakan suatu tuduhan tidak tepat.



“Saya nak bagi tahu tuduhan tersebut tidak benar, ia melibatkan sebuah syarikat kerajaan yang diswastakan dan adalah syarikat yang disenaraikan. Pembelian saham bukan ada hubung kait dengan kerajaan.

“Siapa yang hisap duit rakyat? Bernas tak hisap duit rakyat, Bernas hanya berniaga. Isu ini merugikan masa saya, sepatutnya saya fokus kepada masalah rakyat dan kebangkitan Perikatan Nasional (PN) yang luar biasa,” ujarnya.

Shahidan turut menasihatkan agar Anwar memberi tumpuan kepada usaha untuk membela rakyat berbanding isu seumpama.

“Perkara itu melibatkan perundangan dan sebuah syarikat yang disenaraikan, perkara berlaku sudah berpuluh tahun. Kenapa saya yang dipersalahkan, sekarang bukan saya tuan punya Bernas.



“Perlukah saya jawab isu Bernas? Tanyalah pemilik sekarang sebab beliau beli saham yang disenaraikan, bukan (milik) saya seorang tetapi ramai (pemilik), jadi tak betul lah tuduhan itu,” tegasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker