Ismail Sabri bakal sertai Anwar melalui GLC?

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal diberikan peranan khas dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Sinar Harian difahamkan, jawatan tersebut ditawarkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pertemuan di Pejabatnya pada Selasa.

Pengumuman berkaitan pelantikan tersebut juga dijangka dibuat dalam masa terdekat.



Dalam pada itu, tular satu poster di media sosial yang mengatakan Ismail Sabri akan dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

Bagaimanapun, salah seorang sumber yang rapat dengan beliau menafikan Ismail Sabri diberikan jawatan tersebut.

“Kemungkinan beliau juga sedang mempertimbangkan untuk diberikan peranan GLC yang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2021 di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu.



Beliau kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Seri Paduka Baginda

 

 

1Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker