Keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram tidak bergaul dengan penduduk setempat

Keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram tidak bergaul dengan penduduk setempat

Johor Bahru: Ahli keluarga suspek ahli Jemaah Islamiyah (JI) yang membuat serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di sini tidak bergaul mesra dengan penduduk setempat.

Tinjauan HM di kawasan rumah keluarga terbabit yang terletak di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, hanya tujuh kilometer dari balai terbabit.



Hasil pemerhatian mendapati kawasan kediaman keluarga ini turut berada dalam kawasan persendirian yang berpagar dengan papan tanda larangan masuk di hadapan.

Dianggarkan kira-kira lebih 10 rumah di dalam kawasan terbabit.

Ketua Kampung Ulu Tiram Shazrul Idham Abd Aziz, 41 berkata, kejadian itu merisaukan penduduk setempat yang berdekata.

Katanya, penduduk berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan sebaiknya.



“Saya yakin polis akan ambil tindakan dan siasat untuk menjaga keamanan dan keharmonian penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu penduduk kampung, Fauzi Faizal, 39 berkata, suspek yang difahamkan mempunyai empat beradik, tidak bersekolah dan dididik oleh bapanya.

Katanya penempatan itu dipercayai wujud sejak 20 tahun lalu dan dianggarkan terdapat 18 keluarga di situ, selain penempatan mereka agak terpencil serta sentiasa dipantau pihak berkuasa.

“Dipercayai mereka adik-beradik tidak mendapat ajaran pendidikan yang formal dan dididik oleh bapa mereka sendiri, iaitu berkemungkinan dengan ajaran yang ekstrimis.



“Penduduk memang bimbang apabila suspek duduk di sini, namun kita yakin dengan kecekapan polis dalam memastikan insiden ini tidak lagi berlaku,” katanya yang juga Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Tiram. HM

Keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram tidak bergaul dengan penduduk setempat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker