4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?

4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?

Empat Ahli Parlimen Bersatu Sabah yang keluar parti mesti mengosongkan kerusi mereka, jika peletakan jawatan mereka diterima, kata bekas menteri undang-undang, manakala seorang peguam Perlembagaan berpendapat sebaliknya.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang merupakan menteri undang-undang sebelum PRU15, berkata pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan di bawah undang-undang anti-lompat parti, yang digubal jawatankuasa Parlimen diketuainya.

Pandangannya berbeza dengan peguam Perlembagaan, Fuad Tengku Ahmad yang berkata, empat Ahli Parlimen itu bertanding sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), bukannya calon Perikatan Nasional (PN) atau Bersatu.

“Oleh itu, tiada pelanggaran Perlembagaan kerana empat Ahli Parlimen itu dipilih bawah GRS,” katanya.

Mereka adalah Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, tidak penting empat Ahli Parlimen itu bertanding atas tiket GRS atau mewakili mana-mana gabungan lain kerana ia hanya relevan sama ada mereka meninggalkan parti mereka.

Beliau juga menolak cadangan Bersatu Sabah adalah entiti berasingan daripada Bersatu. Katanya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak akan membenarkan permohonan sedemikian.

“Saya merangka undang-undang itu untuk melarang perkara seperti ini berlaku dan untuk mewujudkan kestabilan politik dalam negara,” katanya.

Semalam, pemimpin Bersatu Sabah mengumumkan mereka meninggalkan parti itu dan akan menubuhkan parti tempatan baharu.

Wan Junaidi berkata, peletakan jawatan empat Ahli Parlimen itu perlu diterima secara rasmi Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin untuk mengesahkan mereka telah keluar parti.

“Jika ya, mereka perlu mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil perlu diadakan.”

FMT sudah menghubungi pembantu kepada Hamzah untuk mengulas sama ada empat Ahli Parlimen itu sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada parti.

Di bawah undang-undang anti-lompat parti, yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain. Pengecualian untuk Ahli Parlimen yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.

Wan Junaidi berkata, mengikut prosedur, Ahli Parlimen akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam masa 60 hari.

“Apabila speaker mengesahkan fakta bahawa peletakan jawatan Ahli Parlimen itu diterima parti, mereka akan kehilangan kerusi mereka. Saya tidak pasti sama ada mahkamah akan mentafsirnya dengan cara lain kerana ia jelas termaktub dalam undang-undang,” katanya.

Fuad yang berpangkalan di Sabah berkata, kedudukan Hajiji sebagai ketua menteri dan status kerajaan gabungan Sabah tidak terjejas dengan keputusan pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti itu.

Katanya, GRS-BN mempunyai 46 ADUN, dengan sokongan tujuh wakil rakyat Pakatan Harapan dan tiga daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat. Hajiji jelas mempunyai majoriti dalam DUN yang mempunyai 79 kerusi itu. FMT

4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker