Anwar nafi beri jaminan gugur kes mahkamah

Anwar nafi beri jaminan gugur kes mahkamah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memberi jaminan kepada mana-mana pihak yang berdepan dengan kes mahkamah untuk membebaskan mereka.

Beliau berkata, ia hanya boleh dilakukan sekiranya individu-individu terbabit dilepaskan daripada pertuduhan oleh hakim yang adil dan saksama.

“Saya tidak pernah beri jaminan kepada sesiapa menyatakan untuk kita lepas daripada hukuman sekiranya diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.

“Kalau saya mahu kompromi, saya sudah jadi perdana menteri bertahun-tahun dahulu,” katanya berucap di Kompleks Seri Perdana hari ini.

Terdahulu Anwar hadir dalam Program Pertemuan Mahabbah bersama ulamak dan asatizah.

Pada masa ini, individu dalam kerajaan yang mempunyai kes di mahkamah adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini dalam peringkat membela diri terhadap dakwaan kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM17.9 juta.

Pada September lalu, Timbalan Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Dalam pada itu, Anwar sudah menemui semua pihak berkuasa untuk menyatakan pendirian tegas itu termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

“Begitu juga kebebasan, profesionalisme badan-badan penguatkuasaan, saya ada beberapa pertemuan SPRM, Peguam Negara dan lain-lain institusi yang memberikan gesaan yang sama,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu mahu membuktikan ada orang Melayu dan anak Melayu yang menggunakan kuasanya untuk menjaga dan membela nasib rakyat terbanyak.

“Saya nak buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu dihormati dan diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkan,” katanya lagi. MG

Anwar nafi beri jaminan gugur kes mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker