Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis

Mokhzani letak jawatan pengerusi

Maxis Bhd mengumumkan bahawa Pengerusi Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.

Sehubungan itu, Pengarah Bebas Hamidah Naziadin dilantik sebagai pengerusi sementara berkuat kuasa 1 Julai 2024.



Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Maxis berkata Mokhzani, 63, berkhidmat sebagai pengarah sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 2009 dan sebagai pengerusi lembaga pengarah sejak 22 April 2021.

Syarikat telekomunikasi itu berkata lembaga pengarah kini sedang menilai calon-calon berpotensi dan menjangkakan untuk menyelesaikan proses tersebut dan membuat pengumuman mengenai pengerusi baharu pada masa yang sesuai.

Hamidah, 60, yang dilantik sebagai pengarah Maxis pada 2014, merupakan pemimpin bidang sumber manusia yang berpengalaman dan disegani dalam dunia korporat.

“Beliau kini berkhidmat sebagai pengerusi jawatankuasa pencalonan dan imbuhan serta ahli jawatankuasa audit dan risiko,” kata syarikat berkenaan.



Sementara itu, Mokhzani melahirkan penghargaan kerana berkhidmat dalam lembaga pengarah Maxis dan sebagai pengerusi sejak beberapa tahun lalu.

“Sepanjang perkhidmatan saya, Maxis perlu menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi dan transformasi ekonomi yang pesat.

“Walaupun berdepan banyak cabaran, kami terus tekun melayani keperluan pelanggan kami dan semua pihak berkepentingan yang semakin berkembang dalam dunia yang semakin terhubung,” katanya. FMT

Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker