16 wanita dakwa jadi mangsa salah laku seksual David Copperfield

16 wanita dakwa jadi mangsa salah laku seksual David Copperfield

Los Angeles: Ahli silap mata, David Copperfield dituduh melakukan salah laku seksual terhadap 16 wanita selama beberapa dekad lalu.

Hasil siasatan The Guardian membongkar dakwaan kesemua wanita itu bahawa ahli silap mata terkenal terbabit berkelakuan tidak wajar terhadap mereka, termasuk beberapa daripadanya yang mengatakan mereka berusia bawah 18 tahun pada masa kejadian.



Tiga daripada wanita itu mendakwa Copperfield memberikan mereka dengan dadah sebelum melakukan hubungan seks.

Akhbar dan laman web The Guardian edisi Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Britain itu berkata, ia bercakap dengan lebih 100 orang, dan sudah meneliti rekod polis dan mahkamah untuk mengesahkan cerita itu, yang dikatakan merangkumi tempoh dari akhir 1980-an hingga 2014.

Ia berkata, wanita yang membuat dakwaan itu bertemu ahli silap mata itu, ketika kerjaya Copperfield yang menjangkau beberapa dekad.

Peguam Copperfield memberitahu, anak guamnya menafikan sebarang salah laku dan tidak pernah bertindak tidak wajar dengan sesiapa, apatah lagi gadis di bawah umur.



Copperfield, 67, sebelum ini dituduh melakukan salah laku pada 2018, apabila seorang wanita bernama Brittney Lewis berkata, ahli silap mata itu memberikannya dengan dadah dan menyerangnya secara seksual tiga dekad sebelumnya. Namun, Copperfield menafikan dakwaan itu.

Lewis adalah sebahagian daripada 16 wanita dalam laporan The Guardian.

The Guardian berkata, ia bercakap dengan seorang wanita lain, yang tidak mahu namanya disiarkan, yang mengatakan bahawa ahli silap mata itu memberikan dia dan rakan dengan dadah, sebelum mereka masing-masing melakukan hubungan seks dengan lelaki itu.

Peguam memberitahu bahawa Copperfield menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa tiada aduan dibuat terhadapnya apabila serangan dikatakan berlaku.



Seorang wanita, yang diberi nama samaran dalam artikel Guardian, mendakwa dia pertama kali bertemu ahli silap mata itu selepas salah satu rancangannya ketika dia baru berusia 15 tahun.

Dia berkata, pada tahun-tahun berikutnya, Copperfield akan menelefonnya larut malam dan menghantar hadiah kepadanya. Apabila dia berumur 18 tahun, dia mendakwa melakukan hubungan seks secara suka sama suka dengan lelaki itu.

Peguam Copperfield memberitahu The Guardian, dia dan wanita itu mempunyai hubungan suka sama suka selama empat tahun.

Copperfield juga menafikan sekeras-kerasnya sebarang cadangan mengenai antun seksual atau sebarang ketidakwajaran lain. HM



16 wanita dakwa jadi mangsa salah laku seksual David Copperfield

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy



Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz



Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker