Cat Farish bengang dituduh berhutang dengan bekas isteri
Cat Farish bengang dituduh berhutang dengan bekas isteri
BAKAL bernikah dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin tidak lama lagi, penyanyi rap Cat Farish tiba-tiba didakwa berhutang dengan bekas isterinya sebanyak RM10,000.
Tampil menjelaskan perkara itu, Cat memberitahu dia tidak mempunyai hutang dengan mana-mana pihak dan wang yang diperkatakan itu merupakan duit kenduri bersama bekas isteri yang telah pun diselesaikan.
“Sebenarnya kejadian ni tak perlu nak disebut pun, bila bercerai ada satu tuntutan yang boleh dibuat dan dibincangkan masa perbicaraan tapi keadaan itu tidak berlaku.
“Saya tak pernah berhutang dengan orang, duit tu adalah duit kenduri dan bagi saya dah selesai semua benda. Benda boleh bincang, WhatsApp terakhir daripada dia pun mengenai motor dan tak ada mesej pun tentang hutang.
“Motor pun dipulangkan dalam mesej yang cantik dan baru. Saya tak terasa apa pun tentang kenyatan tu,” katanya menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan baru-baru ini.
Dalam pada itu, Cat turut mengakui dia berasa terkejut apabila timbul spekulasi melibatkan bekas isterinya.
“Saya terkejut bila nama saya terkait berhutang dengan bekas isteri. Boleh saja WhatsApp tak perlu nak berangin,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Cat Farish pernah berkahwin dengan bekas isterinya iaitu Suriani pada 20 November 2020 namun pasangan itu bercerai pada awal tahun ini.
Walaubagaimanapun, hasil perkongsian hidup mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Gempak
Cat Farish bengang dituduh berhutang dengan bekas isteri
Baca Artikel Menarik:
- Dalam tangan kami 16 kerusi – Mahfuz
- Takkanlah BM Wan Saiful begitu lemah – Loke
- Hadi disiasat Bukit Aman isu 3R
- PAS seperti mengaku rasuah dalam pilihan raya – Salahuddin
- Wanita ditahan polis berkaitan kes simbah asid
- Tikam suami hingga mati ketika berbalah mengenai isteri kedua
- Bekas ADUN DAP lakukan perkahwinan sejenis, Kerajaan Perpaduan tetap tidak iktiraf LGBT
- Hutang Felda: Muhyiddin jangan ‘sembang’, samanlah Anwar jika kamu dipihak yang benar
- Gula-gula PRK: PAS tawar beri pinjaman motor tanpa faedah tetapi dengan syarat..
- Sarah Hildebrand makin berani berbikini
- Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam
- Saya yang lupuskan hutang peneroka Felda bukan Muhyiddin, ‘I stand by this record’ – Anwar Ibrahim
- Nikita Mirzani dilabel ‘iblis’ paksa anak turun berat badan
- Syaitan suruh bunuh, kerat isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET