Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

BEIJING: Selepas lebih dua dekad gigih mencari anak yang diculik, seorang lelaki di China akhirnya dapat bersatu semula dengan anak tersayangnya.

Lapor Oddity Central, Lei Wuze menemukan anak lelakinya, Lei Yuechuan di bandar sejauh 900 kilometer (km) dari lokasi terakhirnya.



Pada Oktober 2001, Lei Wuze meninggalkan rumahnya di Yueyang, wilayah Hunan tanpa mengetahui ia adalah kali terakhir dia melihat anaknya.

Lelaki itu meninggalkan anak lelakinya berusia empat tahun yang sedang bermain di bawah pengawasan seorang jirannya.

Wanita itu memberitahu polis bahawa dia melihat seorang lelaki mengumpan budak tersebut sebelum menculiknya di jalanan ketika dia tidak menyedarinya.

Lei Wuze berasa sangat kecewa namun dia tidak pernah putus harapan untuk bertemu semula dengan anak lelakinya.



Sejak itu, Lei Wuze mula mencari anaknya termasuk berjalan sekitar Yueyang sambil memegang gambar Yuechuan.

Sepanjang 22 tahun mencari anaknya, Lei Wuze sempat berkenalan dengan ramai ibu bapa lain yang mengalami nasib sama.

Malah, dia juga sudah bertemu lebih 300 anggota polis selain mengunjungi ratusan bandar di seluruh China untuk mengesan keberadaan Yuechuan.

Usaha Lei Wuze yang berterusan membuahkan hasil selepas perisian pengecaman muka dikenali sebagai `Prototaip Pengecaman Muka 2.0’ berjaya mengesan anaknya.



Perisian itu digunakan oleh polis untuk mencari padanan selepas gambar wajah Yuechuan ketika kecil dihasilkan menjadi model lebih tua.

Pada awal tahun ini, Lei Wuze dimaklumkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dirinya sepadan dengan seorang lelaki berusia 26 tahun yang tinggal di Shenzen.

Ujian DNA yang dilakukan kali kedua akhirnya mengesahkan pencarian itu sudah berakhir. Utusan

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul



Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila



Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker