Sabah, Sarawak berikrar tiada perubahan kerajaan lepas PRN

Sabah, Sarawak berikrar tiada perubahan kerajaan lepas PRN

Seorang pemimpin kanan Umno memberitahu parti dari Sabah dan Sarawak yang menyertai kerajaan sekarang sudah memberi jaminan tiada perubahan akan berlaku selepas pilihan raya negeri (PRN) berlangsung pada pertengahan Ogos ini.

Menurut anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii, komitmen tersebut dinyatakan sendiri dua pemimpin utama parti yang berkaitan iaitu Premier Sarawak, Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.



Katanya kedua-dua pemimpin terbabit memberikan komitmen untuk mempertahankan kerajaan perpaduan.

“Semalam telah diputuskan tema PRN kali ini ialah perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran.

“Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah mengatakan tidak akan ada perubahan kerajaan (seperti yang didakwa sesetengah pihak) walau apa pun terjadi.

“Justeru matematik politik hari ini menunjukkan ia tidak akan membawa kepada berlaku (pertukaran kerajaan) berdasarkan komitmen diberikan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.



Sebelum ini dalam kempennya menjelang PRN pada 12 Ogos nanti, PN dilihat membawa naratif bahawa akan ada pertukaran kerajaan jika PH-BN berjaya ditewaskan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Malah beberapa pemimpin pembangkang – seperti Pengerusi PN Selangor Azmin Ali – memberitahu penyokong mereka, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan jatuh selepas PRN nanti.

Razlan yang juga Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahdi Hamidi berkata kepimpinan parti politik dalam kerajaan perpaduan mengutamakan kestabilan dan kemakmuran demi memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, mereka tidak lagi mahu melihat rakyat terkesan akibat permainan politik sesetegah pihak yang ingin kembali ke Putrajaya.



“Jadi, saya nasihatkan pemimpin PN berhentilah membohongi rakyat kononnya akan ada perubahan kerajaan selepas PRN nanti.

“Kita mahu wujudkan perpaduan kesemua ahli parlimen untuk mendapatkan kestabilan dari sudut ekonomi dan masa depan rakyat,” katanya lagi.

Sejak 2018, parti-parti dari Sabah dan Sarawak selalu menjadi perhatian ramai apabila isu pertukaran kerajaan dibangkitkan.

Hal itu kerana berdasarkan keadaan semasa penyertaan dari kedua-dua negeri berkenaan memberi pengaruh besar kepada kedudukan sesebuah parti di parlimen. Mk



Sabah, Sarawak berikrar tiada perubahan kerajaan lepas PRN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf



Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun



Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker