Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan?

Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan?

oleh Abu Irfan

Baru-baru ini Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa syarikat ramalan nombor telah diberikan kebenaran untuk mengadakan 22 cabutan selain cabutan tiga kali seminggu yang menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan pemimpin PAS seperti Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria.



Fadhli Shaari berkata, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan negara termasuk menggunakan tanah di kawasan tertentu untuk dibangunkan.

Memang betul katanya kerajaan perlu cari alternatif lain seperti memperkenalkan semula cukai GST yang ternyata amat berkesan dan dapat meningkatkan ekonomi negara. Ia memang sudah terbukti.

Tapi sayang akibat terlalu nak main politik, Pakatan Harapan membelakangkan masa depan kesejahteraan negara dengan menghapuskan cukai GST dan digantikan dengan SST.

Selepas itu kita dapat lihat peningkatan harga barang secara mendadak di samping ‘black economy’ terus merobek hasil pendapatan negara.



Berbalik kepada isu cabutan nombor ekor ini, Fadli Shaari berkata kerajaan wajib tarik balik langkah ini sebelum berdepan tentangan lebih hebat sama ada di dalam atau luar dewan kerana judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat.

Sekali lagi kita setuju dengan pendapatnya. Cuma nak tanya apa beza 8 kali dengan 22 kali cabutan?

Dari segi nombor memanglah berbeza. Dari segi kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat apa bezanya?

Adakah cabutan 8 kali membawa lebih keberkatan?



Kalau nak buat betul-betul hapuskan langsung demi keberkatan semua. Kita memang sokong judi dihapuskan sama sekali kerana agama mana pun dalam dunia ini mengharamkan judi.

Jadi kita minta Fadli Shaari bangun untuk menentang judi di Malaysia bukan kurangkan bilangan cabutan. Jangan lebihkan politik dari agama. Mykmu.net

Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker