‘Putera Tidur’ Masih Koma Sejak 2005, Puteri Saudi Rima Berdoa Untuk Anak Saudaranya [VIDEO]

Sebaran :

‘Putera Tidur’ Masih Koma Sejak 2005, Puteri Saudi Rima Berdoa Untuk Anak Saudaranya [VIDEO]

Jeddah: Puteri Arab Saudi, Rima Talal berdoa supaya anak saudaranya, Putera Al Waleed Khaled diberi kesembuhan selepas lelaki itu masih koma sejak 15 tahun lalu.

Dia berkongsi video lelaki yang digelar sebagai ‘Putera Tidur’ itu yang dimasukkan ke hospital akibat kemalangan kereta pada tahun 2005, lapor The National News.

Putera berkenaan juga adalah anak saudara kepada jutawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal.

“Kekasihku, semoga Tuhan melindungi kamu, menyembuhkanmu, dan memulihkanmu,” tulis Puteri Rima di Twitter.

Di dalam klip yang dimuat naik itu, kelihatan Putera Al Waleed diberi bantuan mesin sokongan hayat dengan badannya diselimuti bendera Arab Saudi tertera tulisan ‘Negara Kita di Hati Kita’.

“Saya menjawab bahawa jika kehendak Tuhan dia mati dalam kemalangan itu, maka anak saya akan berada di kuburnya,” katanya.

Oktober tahun lalu, Puteri Noura Talal, memuat naik video Putera Al Waleed, menggerakkan jarinya.

Dia memberi respons kepada sapaan dengan menggerakkan jari beberapa kali dan mengangkatnya lebih tinggi selepas diminta berbuat demikian.

“Putra kesayangan yang dikasihi, segala puji bagi Allah, yang menghidupkan siapa yang dikehendaki dengan perintah-Nya.

“Segala puji bagi Tuhan, yang memulihkan kesihatanmu, jadi jangan putus asa dengan kuasa Tuhan,” tulisnya.-Emirates Woman

‘Putera Tidur’ Masih Koma Sejak 2005, Puteri Saudi Rima Berdoa Untuk Anak Saudaranya [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Putera Tidur’ gerakkan jari selepas koma 15 tahun [ VIDEO ]

Putera-Putera Raja Yang Paling Segak Dan Kacak Dalam Dunia, Lelaki Tengok Pun Cair!


Sebaran :

Leave a Reply