Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video)

Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video)

Tiga pengacara televisyen yang mengendalikan program bual bicara bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam tergaman apabila Perdana Menteri pula secara spontan bertanyakan soalan kepada mereka.

Menerusi rancangan tersebut, Perdana Menteri kelihatan ‘sporting’ apabila mengambil alih tugas sebagai hos dengan bertanya soalan kepada ketiga-tiga pengacara itu mengenai maksud Keluarga Malaysia.

Soalan spontan ditanyakan itu turut mendapat reaksi positif daripada pengacara terbabit selain disifatkan sebagai jarang berlaku dalam wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri.

Menurut salah seorang pengacara itu, Azaria Tagaya, beliau menyifatkan perkara seumpama itu pertama kali dilaluinya apabila ditanyakan soalan oleh Perdana Menteri.

“Datuk Seri rasanya ini kali pertama Perdana Menteri bertanya kita soalan dalam wawancara eksklusif. Nanti beliau ambil kerja kita pula selepas ini,” katanya.

Azaria menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya turut mengakui terkejut apabila secara tiba-tiba diajukan soalan sedemikian.

“Bila Perdana Menteri pula tanya pengacara. Tergamam jugalah, sedang dalam wawancara eksklusif dengan Perdana Menteri, tiba-tiba Perdana Menteri tanya soalan kepada pengacara,” tulisnya.

Sementara itu, video berkenaan yang dikongsi di akaun TikTok sebuah televisyen swasta turut tular dengan mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.

Lebih menarik, ramai menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang berperwatakan ‘sempoi’ berikutan pandai membuat jenaka selain tidak mewujudkan jarak antara pemimpin dan rakyat. K Online

Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker