Jadi tauke kopi guna modal i-Lestari

Jadi tauke kopi guna modal i-Lestari

PONTIAN – Terlibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada awal tahun ini telah mengubah landskap kehidupan seorang pemandu lori kepada pengusaha warong kopi sebagai meneruskan kelangsungan hidup.

Mohamad Faez Sogimin, 31, berkata, kerjaya sebagai pemandu lori bahan binaan selama 7 tahun dan lori membawa bahan kimia selama dua tahun berakhir apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 27 Januari 2020.



Ujarnya, akibat kemalangan tersebut, kakinya patah dan terpaksa dipasang peralatan khas yang tidak mengizinkan dia membawa lori semula kerana memerlukan kekuatan kaki untuk melakukan tugasan tersebut.

Menurutnya, dia mengambil masa agak lama untuk menukar haluan hidupnya sebelum mengambil keputusan menceburi bidang pembuatan air kopi menggunakan kopi variati Arabika dan Liberika.

“Baru lima bulan saya mengusahakan perniagaan ini dengan bermodalkan pengeluaran i-Les­tari daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membeli peralatan seperti me­sin dan pengisar kopi berharga RM2,300.

“Bagi tambah peralatan saya terpaksa korbankan kereta kesayangan bagi membeli mesin yang berharga RM9,800 bagi memastikan daya saing perniagaan terus menarik minat pelanggan,” katanya ketika ditemui di Kampung Dalam Ayer Baloi, di sini baru-baru ini.



Tambah Mohamad Faez, untuk sementara waktu ini, dia menumpang di bangunan bersama rakannya seorang pembuat topi memandangkan belum mendapat lokasi perniagaan yang sesuai.

Mengenai pemilihan nama Truckers Coffee dia berkata, sebagai pekerja dalam industri pengangkutan hampir 10 tahun, ingatan dan kenangan bersama rakan-rakan sekerja masih kekal dalam ingatan.

Katanya, jika ada rezeki, Truc­kers Coffee mungkin akan berope­rasi di lokasi di mana pemandu lori dapat singgah menghirup ke­segaran kopi pada waktu pagi dan malam dengan tema ‘di sebalik kepahitan ada kenikmatan’. K Online

Jadi tauke kopi guna modal i-Lestari




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker