Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan

Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan

Individu yang melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pemain badminton negara, S Kisona meletak jawatan daripada parti Bersatu.

Timbalan Presidennya, Ahmad Faizal Azumu mengesahkan perkara tersebut menurut laporan Malaysiakini.

“Saya dapat makluman, pemimpin itu telah menghantar surat peletakan jawatannya dalam Bersatu Bahagian Pasir Puteh.

“Dia juga telah membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Menurut laporan, individu tersebut difahamkan adalah Naib Pengerusi Bersatu bahagian Pasir Puteh, Kelantan.

Terdahulu, individu berkenaan menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland malam tadi.

Dalam kejohanan itu, Malaysia tumpas 1-3 kepada Jepun sekali gus gagal layak ke peringkat akhir yang dijadual berlangsung hari ini.

Kenyataan itu turut mengundang kritikan daripada Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan yang antara lain mengumpamakan warga Malaysia ada yang baik dan buruk, termasuk yang “bangang dan bodoh yang tidak tahu guna bahasa baik.”

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan individu terlibat Borhanuddin Che Rahim meminta maaf dan berkata beliau tiada niat menghina.

“Saya tidak berniat menghina kaum India dengan panggilan tersebut, ia sebaliknya bahasa percakapan di Kelantan yang merujuk kepada orang India. Ini adalah satu kekhilafan yang telah saya lakukan tanpa mengkaji kesannya.

“Dengan ini saya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada yang terkesan akibat posting tersebut. Saya juga akan memperbaiki sikap saya kelak,” katanya. FMT

Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker