Tidak boleh sembelih kerana ayam haiwan ‘manja’

LONDON – Sebuah badan kebajikan haiwan memberi amaran bahawa sebanyak 46 ekor ayam betina berisiko disembelih sekiranya ia tidak dijadikan sebagai haiwan peliharaan, lapor laman Mirror UK kelmarin.

Amanah Kebajikan Ayam Betina British (BHWT) menyifatkan ayam sebagai haiwan yang ‘manja’ dan merupakan haiwan domestik keempat paling popular di Britain.

“Haiwan ini jarang difikirkan sebagai haiwan peliharaan, namun ia juga memiliki personaliti seperti kucing dan anjing.



“Ia akan mengekori anda ke mana sahaja anda pergi, bermain dengan anda dan memeluk anda. Ayam juga sangat manja,” kata pengasas BHWT, Jane Howorth.

Tambah Howorth, pihaknya sering mendapat maklum balas bahawa mereka yang menyimpan ayam sebagai haiwan peliharaan amat menyayanginya.

“Anda juga tidak memerlukan laman yang besar atau tinggal di dalam ladang untuk memelihara ayam.

“Anda hanya memerlukan satu kawasan yang selamat untuk ayam-ayam ini,” katanya.



Badan kebajikan itu berkata ia telah menyelamatkan lebih 60,000 ayam betina setiap tahun dan sejumlah 850,000 ekor ayam itu telah diselamatkan sejak 2005. -AGENSI

Tidak boleh sembelih kerana ayam haiwan ‘manja’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




WhatsApp Umum Tidak Akan Sokong 52 Telefon Bimbit Mulai 1 November

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker