[VIDEO] Tular pengguna motosikal selamba langgar lampu merah depan Polis Trafik

Sebuah rakaman video menunjukkan penunggang motosikal melanggar lampu isyarat di hadapan seorang anggota polis trafik tular di media sosial sejak semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di persimpangan jalan berhampiran Pasir Hor menuju ke Kubang Kerian di Kelantan, yang dirakam oleh dashcam sebuah kenderaan.

Dalam klip video pendek selama 30 saat itu, anggota polis trafik terbabit dilihat berhenti di persimpangan jalan sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Pada sama sekurang-kurangnya empat motosikal melepasinya ketika lampu isyarat masih berwarna merah.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT) Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya telah mengarahkan jabatan polis trafik negeri untuk menyiasat perkara itu.

Bagaimanapun Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Kelantan, Zamri Mohd Rawi menjelaskan beberapa penunggang motosikal berkenaan sebenarnya adalah sekumpulan anggota polis berpakaian biasa yang mengejar suspek mencuri motosikal dalam kejadian pada 22 Dis lalu.

Anggota trafik yang dikenali sebagai Che Sidek Omar Mat Hassan secara kebetulan berada di persimpangan itu setelah selesai tugas mengawal lalulintas.

“Tidak diambil tindakan oleh anggota yang berkaitan kerana mengecam salah seorang dari kumpulan yang merupakan rakan setugas dalam PDRM.

“Mereka adalah anggota Polis Balai Polis Kota Bharu dalam tugasan rondaan cegah jenayah dan berusaha mengejar satu motosikal  yang melarikan diri kerana mencuri motosikal berkaitan laporan di Kota Bharu,” katanya.

Polis juga berjaya menangkap suspek.

Terdahulu, Zamri memberitahu adalah berisiko bagi anggota trafik mengejar pesalah dalam keadaan berkenaan.

“Tak dapat nak kejar tu, membahayakan anggota trafik yang sedang berhenti jika anggota berkenaan juga langgar isyarat lampu merah dan mengejar pesalah berkenaan, melainkan kita bersedia semasa operasi,”

Dia juga menegaskan bahawa pihak polis masih boleh mencatatkan nombor plat motosikal pesalah terbabit dan mengeluarkan saman terhadap mereka.

“Tindakan susulan boleh diambil kemudian,” katanya sambil menambah dia masih belum mendapatkan maklumat mengenai insiden itu.

Pemandu Myvi langgar mati anggota TLDM akan didakwa esok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker