Nelayan terkejut jerung porbeagle 2 meter sambar mata kail

Seorang nelayan di Northamptonshire terkejut besar apabila mata kailnya disambar jerung bersaiz gergasi mencecah 2 meter di perairan Devon.

Menurut Daily Mail, Simon Davidson tidak menyangka jorannya berjaya disambar haiwan sepanjang 2 meter dengan lebar mencecah 1 meter itu.

Tangkapan yang direkodkan sebagai paling besar pernah dibuat di perairan British itu memiliki berat mencecah hampir 250kg.



Jelas Simon, dia bertarung dengan jerung porbeagle itu hampir sejam sebelum berjaya menariknya ke tepi dengan bantuan lima lagi nelayan lain.

“Mata kail saya disambar ikan dan saya tidak sangka ia ikan besar sebab pada mulanya ia tidak melawan.

Sebaik melihatnya di permukaan air, anda pasti ingat itu jerung Great White. Memang menakutkan bila difikirkan ada ikan sebesar itu berlegar-legar di perairan kita,” katanya.

Nelayan itu melepaskan jerung tersebut selepas mengukur dan menimbangnya, 11 kilometer dari perairan.



Rekod sebelum ini dipegang oleh nelayan dari Scotland, Chris Bennett pada 1993 dengan ikan seberat 229kg.

Jerung porbeagle adalah sebahagian daripada keluarga Jerung Great White dan berasal dari perairan British. Ia adalah jerung yang kuat namun tidak menganggap manusia sebagai satu ancaman.

Nelayan terkejut jerung porbeagle 2 meter sambar mata kail


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Rumah Sudah ‘Rentung’ Pun Berharga RM1.7 juta [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker