MB Kelantan berdolak dalih

Menteri Besar kelantan Mohd Nassuruddin Daud tampil menjelaskan ucapannya selepas dua Adun pembangkang di negeri itu menuntut permohonan maaf daripadanya atau berdepan tindakan di mahkamah.

“Saya sebut perjuangan Islam, saya tak sebut lawan Islam. Boleh semak, ucapan itu jelas dan nyata. Islam dan perjuangan Islam itu lain.

“Dua benda yang berbeza, jadi jangan pusing mengatakan saya menyebut mereka menentang Islam, tidak.

“Lain dua benda yang berbeza, perjuangan Islam yang saya sebut, boleh dengar elok-elok sebab saya bercakap bahasa Melayu Kelantan yang boleh difahami,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan kepada 73 mangsa ribut di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Adun Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim dan Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim menuntut permohonan maaf daripada Nassuruddin dalam tempoh tujuh hari dan tindakan mahkamah akan diambil sekiranya dia gagal berbuat demikian.

Ia susulan kenyataan Nassuruddin dalam ucapan di dalam kuliah di Medan Ilmu, Kota BHaru, Jumaat lalu yang mendakwa dua Adun berkenaan menentang perjuangan Islam.

Pun begitu, Nassuruddin menegaskan dia tidak akan memohon maaf dan akan meneliti notis tuntutan daripada Adun PH dan BN itu.

“Tak apa notis kita teliti, tak ada sampai lagi. Kalau dia hantar kita teliti dulu,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker