Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi

Sebaran :

PETALING JAYA – Pereka grafik dan kartunis kontroversi, Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu lukisan karikatur perdana menteri yang kini tular di laman media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut yang dibuat selepas kartunis berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Saya sahkan kira-kira pukul 4 petang tadi pihak polis telah memanggil Fahmi Redza untuk dirakamkan percakapan berkaitan isu lukisan karikaturnya yang tular baru-baru ini.

“Beliau telah datang bersama peguam dan telah ditahan untuk siasatan lanjut namun telah diberi jamin polis setelah keterangan dirakam,” katanya.

Menurut Ashari, pihak polis telah menerima satu laporan berhubung penularan karikatur tersebut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, Mohd. Fahmi menerusi satu ciapan di laman Twitter telah memaklumkan tentang penahanannya itu susulan penularan lukisan karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Aku kena tangkap polis selepas disoal siasat untuk kes poster satira #KeluargaMalaysia dengan lukisan karikatur PM Ismail Sabri. Ditahan di IPD Wangsa Maju.

“Selepas ditahan sejak pukul 4 tadi, polis rampas telefon aku, ambil cap jari dan ambil gambar aku macam penjenayah. Mereka nak ambil DNA tapi aku tak bagi. Kemudian polis buat keputusan untuk bebaskan aku dengan jaminan polis. Tak perlu tidur lokap malam ni!,” ciapnya.

Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jenama Nike, Under Armour Hadapi Masalah Bekalan Bila Kilang Di Vietnam Ditutup

 


Sebaran :

Leave a Reply