Lebuhraya CSR: Janji Ditepati, Perancangan BN Demi Kepentingan Rakyat Jadi Realiti – Wan Rosdy

Lebuhraya CSR: Janji Ditepati, Perancangan BN Demi Kepentingan Rakyat Jadi Realiti – Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersyukur projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) bebas tol bagi laluan ‘Bentong By-Pass’ telah siap dan akan dilancarkan pada Khamis ini.

“Alhamdulillah, dengan slogan Janji Ditepati, segala perancangan yang telahpun disusun oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat Malaysia, kini telah menjadi suatu realiti.

“Insya-Allah, pada 7hb Oktober ini, kita akan melancarkan Bentong By-Pass (sebahagian dari projek Lebuhraya CSR), yang bakal menamatkan kesesakan lalu lintas, terutamanya apabila tiba musim perayaan.

“Terima Kasih Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu komen di status Najib di Facebook mengenai perkembangan semasa Lebuhraya CSR di Pahang dan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak-Sabah.

Untuk rekod, projek Lebuhraya CSR bebas tol sepanjang 350 kilometer antara Kuala Krai, Kelantan hingga ke daerah Bentong merupakan projek Barisan Nasional (BN) ketika di bawah teraju Najib sebagai Perdana Menteri.

Najib di dalam postingnya berkata dahulu tiada lebuhraya terus dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan begitu juga tiada lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak.

“Semakin hampir siap projek Lebuhraya CSR dan Pan Borneo Highway walaupun tertangguh untuk seketika selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14).

“Bebas tol sepenuhnya. Jimat kos penjalanan, jimat masa, lebih selamat dan lebih selesa. Harap akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri Pahang, Pantai Timur semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Janji ditepati. Pencapaian diutamakan,” katanya yang merujuk kepada status Wan Rosdy di Facebook mengenai kemajuan Lebuhraya CSR dan kenyataan media Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang berkata projek Pan Borneo Fasa 1 Sarawak dijangka siap pada akhir tahun depan.

Sebagai rekod, Lebuhraya Pan Borneo satu lagi projek BN untuk kemudahan rakyat negeri Sabah dan Sarawak dan seterusnya mampu memberi impak yang besar kepada pembangunan sosioekonomi kedua-dua negeri tersebut. – UMNO ONLINE

Lebuhraya CSR: Janji Ditepati, Perancangan BN Demi Kepentingan Rakyat Jadi Realiti – Wan Rosdy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker