Kes sembuh atasi kes harian

PUTRAJAYA – Kes sembuh kekal mengatasi kes harian dengan 15,456 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,116,021 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 8,075 kes baharu dilaporkan dengan enam kes import dan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,285,640 kes.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 160 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 7,915 kes (98.0 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 867 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 461 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 15 kluster baharu dilaporkan terdiri daripada tujuh kluster tempat kerja, enam kluster komuniti serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan

Kes sembuh atasi kes harian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sebagai proksi pecah undi, Itulah tujuan kewujudan ‘Parti Politik Baharu’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker