Lelaki tembak mati bekas bini termasuk 6 yang lain

SEKURANG-KURANGNYA enam terbunuh dalam insiden tembakan di Mississippi, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, kejadian tembakan itu berlaku di bandar Arkabutla, daerah Tate berhampiran wilayah Tennessee.

Suspek dikenali sebagai Richard Dale Crum menggunakan selaras senapang patah dan dua pucuk pistol dalam tragedi berdarah itu.



Crum dikatakan telah menembak seorang lelaki yang menaiki trak di luar sebuah kedai.

Suspek kemudiannya ke rumah bekas bininya dan menembak mati wanita itu serta mencederakan suami baharunya.

Crum kemudian dipercayai menembak mati bekas bapa mentuanya serta kakak wanita berkenaan.

Polis turut menemui dua lagi mangsa yang terbunuh di dalam sebuah kenderaan berhampiran lokasi kejadian.



Crum berjaya ditahan dan polis sedang menyiasat motif kejadian itu

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isteri turut berkabung atas kejadian yang mengorbankan enam mangsa itu serta mendoakan mangsa cedera sembuh.

Biden turut menggesa Kongres Amerika Syarikat untuk bertindak atas Akta Senjata Api di negara itu bagi menangani kejadian disifatkan sebagai ‘wabak’ keganasan disebabkan senjata api. – Awani

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker