PH sahkan kerajaan negeri Melaka hilang majoriti

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan kerajaan negeri tidak lagi mempunyai majoriti apabila empat ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Empat ADUN tersebut diketuai oleh bekas Ketua Menteri yang juga ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, keputusan yang diambil empat ADUN tersebut menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang selaras dengan peruntukan Perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka.

“Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN, maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat, melainkan jika atas permintaannya, Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sehubungan itu, saya mewakili 11 ADUN dari PH bersama empat ADUN kerajaan berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam bagi memaklumkan mengenai perkara ini.

“Di samping itu, kita ingin berbincang mengenai usaha yang boleh diambil bagi memastikan kestabilan politik negeri dan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri dapat diteruskan.

“Tidak ada perkara berbangkit bahawa PH Melaka mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada. Ini terjadi disebabkan empat ADUN kerajaan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Sulaiman,” katanya ketika sidang akhbar bersama empat ADUN berkenaan.

Adly menambah, pihaknya akan menghantar surat kepada Pejabat Yang Dipertua Negeri untuk memohon menghadap Mohd. Ali bagi menentukan masa paling sesuai, memaklumkan mengenai kedudukan kerajaan negeri di bawah Sulaiman yang telah hilang majoriti.

Jelasnya, keutamaan PH pada masa ini adalah memastikan kestabilan politik dan ekonomi negeri ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.

“Kita tahu ketidakstabilan politik dalam negara kita kerana banyak merungkai mandat yang telah
diberikan oleh rakyat.

“Tugas PH dalam apa keadaan sekali pun kita sentiasa berusaha untuk memastikan kestabilan politik itu berlaku di negeri dapat dicapai,” ujarnya

PH sahkan kerajaan negeri Melaka hilang majoriti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sebagai proksi pecah undi, Itulah tujuan kewujudan ‘Parti Politik Baharu’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker