Ahmad Nazlan dilantik Pengerusi PUNB

Ahmad Nazlan dilantik Pengerusi PUNB

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris sebagai Pengerusi berkuat kuasa pada 15 Oktober 2021.

Beliau menggantikan penyandang sebelum ini, Tan Sri Noh Omar yang meletakkan jawatan pada 1 September lalu berikutan pelantikannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.



Ahmad Nazlan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada 2020 hingga 2021.

Beliau juga sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Kolej Poly Tech MARA pada 2015 hingga 2018, selain pernah menjadi Ahli Majlis Penasihat FELDA dan Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Global Ventures Sugar Sdn Bhd serta Lembaga Pertubuhan Peladang.

Ahmad Nazlan yang juga Ahli Parlimen Jerantut memiliki Ijazah Sarjana Muda Bimbingan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sijil Perguruan Asas dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin, berkata Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga kerja PUNB merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Ahmad Nazlan dan mengalu-alukan kehadiran beliau di PUNB.



“Dengan pengetahuan dan pengalaman luas beliau diharap dapat membantu memacu kecemerlangan, sekali gus memantapkan kedudukan PUNB sebagai pusat pembangunan keusahawanan Bumiputera terulung di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Izwan berkata, Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga kerja PUNB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Noh atas sumbangan serta komitmen yang diberikan sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi PUNB. BH

Ahmad Nazlan dilantik Pengerusi PUNB


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker