12 individu termasuk Youtuber bergaduh di gelanggang futsal ditahan



Sebaran :

Polis mengesahkan penahanan 12 individu termasuk seorang Youtuber yang terbabit dalam satu pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kesemua tangkapan dibuat kira-kira pukul 1 pagi menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.

“Pihak polis akan memohon perintah reman esok ke atas kesemua individu yang ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.



Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tentang satu pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki termasuk seorang Youtuber di gelanggang futsal berkenaan susulan satu perselisihan faham yang terjadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, seorang lelaki mendakwa telah diserang oleh sekumpulan lelaki lain termasuk Youtuber berkenaan hingga mengalami kecederaan teruk di muka serta badan.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tular di laman media sosial menunjukkan aksi pergaduhan itu malah ada yang turut melafazkan kata-kata kesat.



[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/oczdU5QZ/pergaduhan-di-gelanggang-futsal-lelaki-ini-dipercayai-dipukul-geng-youtuber-isarb_hd.mp4[/KGVID]

Difahamkan, pergaduhan tersebut tercetus selepas mangsa meleraikan pergaduhan antara dua individu ketika berada di gelanggang futsal.

Beberapa minit kemudian, salah seorang didakwa datang semula bersama beberapa individu lain sebelum memukul mangsa hingga cedera. – K! ONLINE




Sebaran :


Leave a Reply