Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib

Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang’, Najib ulas projek KLIA-JB

Najib Razak mencabar kerajaan mendedahkan kertas cadangan Kabinet pada 2020 supaya projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura digantikan dengan perkhidmatan baharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Najib menuduh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini meluluskan pertukaran itu, dengan pelantikan KLIA Express serta penggunaan teknologinya.

“Sebab itu mereka sanggup membayar pampasan sebanyak RM320 juta kepada Singapura untuk batalkan projek asal supaya kontraktor boleh dilantik terus kerajaan tanpa ‘open tender’ antarabangsa bersama Singapura,” tambahnya.

“Bolehlah beri projek secara terus ke syarikat KLIA Ekspress dimiliki syarikat tertentu sebab ada yang amat sayang pada mereka,” katanya.

Kata-katanya itu dipercayai merujuk kepada YTL Corporation, yang mengepalai konsortium yang memiliki syarikat pengendali, Express Rail Link Sdn Bhd.

Najib turut merujuk tuduhan oleh bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang mendakwa didesak meletak jawatan kerana membantah kontrak melibatkan YTL Communications, yang mencetuskan kemarahan Presiden partinya, Muhyiddin Yassin.

Pembatalan projek HSR itu diumumkan kerajaan pada 1 Jan selepas Singapura tidak bersetuju dengan pindaan dicadangkan Malaysia.

Najib menggesa projek itu dikembalikan mengikut konsep dan perancangan asalnya.

“Tidak mengembalikan projek HSR ini dari Bandar Malaysia, Kuala Lumpur ke Singapura akan merugikan negara sebanyak RM500 bilion bagi jangka masa panjang sekiranya projek KLIA-Johor Bahru ini diteruskan,” katanya.

“Sebab itu ianya adalah satu kesilapan yang amat besar sekiranya hanya dibuat dari KLIA ke Johor Bahru.”

Katanya, kertas cadangan akhir diluluskan kerajaan PN menunjukkan jumlah penumpang akan berkurangan separuh kepada 4.2 juta setahun menjelang 2031 tanpa penyertaan Singapura.

“Kos projek HSR KLIA-JB adalah antara RM64 bilion hingga RM65 bilion, iaitu tidak jauh berbanding kos asal KL-Singapura sebanyak RM60 bilion,” katanya.

Katanya, selain projek tidak lagi berdaya maju dan kerajaan terpaksa menampung kerugian selama puluhan tahun, projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM140 bilion juga tidak akan kesampaian. FMT

Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker