Skirt Intan Najuwa jadi bahan

Skirt Intan Najuwa jadi bahan

Gara-gara memuatnaik gambar dirinya menggayakan fesyen baharu di Instagram, pelakon wanita Intan Najuwa telah mengundang kritikan dan kecaman daripada segelintir netizen.

Perkongsian yang dibuat oleh pelakon ini didakwa telah menjadi “bahan” buat netizen kerana, telah mengenakan “skirt” terlalu singkat hingga telah mencetuskan perasaan kurang senang bila melihatnya.

Intan Najuwa atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, telah mengenakan pakaian kemeja berwarna putih dan “skirt” singkat lalu telah menjadi topik buat mereka untuk “membahannya” kini, malah ada yang mendakwa dia seakan tidak serik kerana sering melakukan hantaran sedemikian.

“Ya Allah kenapa lah retis degil sangat lagi kite tegur lagi dia buat, tak takut dosa ke, kesian bapa kau, sedih tengok retis sekarang ni

“Risau macam nak jatuh dah kain tu,” komen netizen.

Selain itu, ada juga yang memerli Intan dengan mendakwa tujuan dia mengenakan fesyen “singkat” tersebut kerana berlakunya bencana banjir dikawasan kediamannya.

“Kat sana banjir juga ke, ingatkan kat Johor je,” komen netizen lagi.

Ini bukanlah kali pertama Intan Najuwa menerima kritikan dan kecaman sedemikian, malah ia seakan sudah lali dengan perkara ini.

Meskipun menerima kecaman hebat, namun pelakon ini dilihat tidak melatah malah hanya membiarkan saja komen kritikan tersebut berlalu di ruangan hantaran tersebut. Wy

Skirt Intan Najuwa jadi bahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker