Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best

Sebaran :

Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Apa kata tukar selera dan cuba resepi sup Szechuan masam pedas ini. Rasanya sedap dan sesuai dinikmati seisi keluarga.

Apa lagi, jom cuba masak bagi family makan.

BAHAN

3 ulas bawang putih
6 cm halia muda- hiris nipis memanjang
3 sudu besar pes szechuan
2 sudu kecil kepingan cili kisar
1 batang rebung madu – hiris nipis memanjang
1 biji lobak merah – hiris nipis memanjang
200 gm cendawan shiitake – hiris nipis memanjang
100 gm cendawan telinga kera – hiris nipis memanjang
1 tin cendawan jerami padi – hiris nipis
1 tin cendawan emas – hiris nipis
200 gm dada ayam – potong nipis memanjang
1 liter air
1 tauhu lembut – hiris nipis memanjang
2 biji telur – pukul
Sedikit tepung jagung – campur sedikit air
Sedikit kicap soya cair
Sedikit minyak bijan
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang – hiris nipis
Sedikit cuka hitam
Minyak masak

CARA

1.Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam separuh masak.
3.Masukkan pes szechuan dan kepingan cili kisar
4.Kemudian masukkan cendawan shiitake, cendawan jerami padi, cendawan emas, cendawan telinga kera dan air. Biarkan mendidih.
5.Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air, sedikit minyak bijan dan cuka hitam. Kacau sebati dan masukkan tauhu lembut.
6.Selepas itu, barulah masukkan telur yang telah dipukul perlahan-lahan sambil, dikacau supnya. Setelah sebati, perasakan dengan kicap soya cair, garam dan serbuk lada putih secukup rasa.

Resepi oleh Ezani

Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta


Sebaran :

Leave a Reply