Krisis politik Melaka langgar titah Agong

Sebaran :

Krisis politik Melaka langgar titah Agong

Krisis politik Melaka susulan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan, jelas melanggar titah Yang di-Pertuan Agong yang memberi penekanan terhadap kestabilan.

Profesor Adjung Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Jeniri Amir, berkata apa yang berlaku di negeri itu juga melanggar prinsip perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dan pembangkang di peringkat Persekutuan.

“Apa yang berlaku di Melaka amat mengecewakan di sebalik segala saranan dan titah Yang di-Pertuan Agong supaya kita memberi tumpuan kepada masalah dihadapi negara, namun ia tidak dipedulikan ahli politik.

“Ini yang tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara masih berdepan ancaman pandemik COVID-19, selain mengingkari MoU serta tidak menghormati perjanjian dibuat kedua-dua pihak,” katanya kepada BH, hari ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat kuasa hari ini.

Tiga ADUN terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Jeniri berkata, sebagai pemimpin bertanggungjawab, mereka perlu akur terhadap persetujuan di peringkat Persekutuan kerana apa yang berlaku ketika ini merugikan semua pihak.

Tegasnya, kestabilan politik harus dipelihara sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata tindakan empat ADUN terbabit hanya menyebabkan krisis semakin memuncak, apatah lagi kerajaan negeri sepatutnya membentangkan bajet tidak lama lagi demi kebajikan rakyat.

Ditanya sama ada wajar dilaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menamatkan krisis itu, beliau berkata, ia adalah pilihan terakhir memandangkan negara masih bergelut dengan ancaman COVID-19.

“PRN adalah jalan terakhir tetapi krisis ini tidak seharusnya berulang kerana kita mengharapkan kestabilan politik dicapai di semua peringkat.

“Kita tidak nampak apa kesannya kepada rakyat dengan langkah yang diambil empat ADUN ini, tidak memberi manfaat pun,” katanya. BH

Krisis politik Melaka langgar titah Agong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta


Sebaran :

Leave a Reply