Uniten tawar tajaan yuran kepada pelajar baharu Palestin

Uniten tawar tajaan yuran kepada pelajar baharu Palestin

Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menawarkan tajaan yuran sepanjang tempoh pengajian untuk semua pelajar baharu Palestin atas semangat kebersamaan meringankan beban mereka susulan konflik negara itu dengan Israel.

Naib Canselor Uniten, Noor Azuan Abu Osman, berkata usaha itu juga menunjukkan keprihatinan dan solidariti mereka dalam isu kemanusiaan rumit, termasuk menyokong pendirian kerajaan bagi memastikan “sokongan penyelesaian praktikal” dapat dicapai.



“Kami percaya bantuan kepada pelajar Palestin dalam menggapai cita-cita mereka menerusi bidang pendidikan tinggi di Malaysia antara kaedah terbaik dan rasional ke arah penemuan penyelesaian bermanfaat untuk negara mereka.

“Saya secara peribadi yakin kejayaan dalam bidang pendidikan yang akan membangun dan memerdekakan bumi Palestin kelak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata tawaran itu merangkumi semua program pengajian di semua kampus Uniten.

“Uniten turut komited bekerjasama dengan agensi kemanusiaan dan organisasi berkaitan yang diiktiraf kerajaan dalam menyalurkan bantuan ke bumi Palestin.” FMT



Uniten tawar tajaan yuran kepada pelajar baharu Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker