Masalah Bekalan Kuasa Punca LRT Kelana Jaya Alami Masalah Lagi, Rapid Rail Mohon Maaf

Masalah Bekalan Kuasa Punca LRT Kelana Jaya Alami Masalah Lagi, Rapid Rail Mohon Maaf

Selepas mengalami gangguan pada Jumaat lepas yang dikatakan akibat masalah teknikal, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sekali lagi berdepan masalah hari ini.

Dalam satu kenyataan media, Rapid Rail memaklumkan gangguan sementara pada pagi Selasa disebabkan masalah bekalan kuasa elektrik di dua ‘Traction Power Sub Station’ (TPSS) di Stesen Taman Jaya dan Stesen Universiti.

Kenyataan itu memaklumkan, bekalan kuasa terputus pada pukul 8.36 pagi menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara.

“Bekalan kuasa terputus pada pukul 8.36 pagi; sekali gus menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara.

“Bekalan kuasa dapat dikembalikan pada pukul 8.48 pagi,” menurut satu kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Rapid Rail memaklumkan siasatan awal mendapati insiden ini berlaku akibat circuit breaker terputus menyebabkan bekalan elektrik terhenti dan tren kehilangan kuasa untuk bergerak.

“Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan khususnya mereka yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja pada masa itu,” katanya lagi.

Rapid Rail juga memaklumkan akan terus meningkatkan lagi kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan aset-aset kami untuk memastikan perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk pelanggan.

Ketika gangguan pada Jumaat lalu, keadaan di beberapa stesen LRT yang sesak susulan gangguan perkhidmatan tersebut.

Pengguna perkhidmatan tersebut mengalami masalah gangguan kemudahan susulan masalah teknikal yang dihadapi di Stesen KL Sentral menyebabkan laluan Kelana Jaya berdepan kelewatan operasi.-AA

Masalah Bekalan Kuasa Punca LRT Kelana Jaya Alami Masalah Lagi, Rapid Rail Mohon Maaf

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker