Pelajar Perempuan Dipeluk Lelaki Bogel Ketika Jalan Sendirian

Pelajar Perempuan Dipeluk Lelaki Bogel Ketika Jalan Sendirian

KAMPAR: Seorang pelajar perempuan mengalami detik cemas apabila dipeluk lelaki bogel ketika berjalan sendirian di Jalan Batu Hijau di sini, Ahad lalu.

Difahamkan dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun itu turut mengalami patah gigi ketika bergelut dan menggigit suspek dalam usaha melepaskan diri.



Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kes cabul itu.

“Siasatan mendapati mangsa dipeluk dari arah belakang menyebabkan mangsa menjerit sebelum suspek melarikan diri ke arah semak berhampiran.

“Pada masa sama, seorang lelaki yang juga pelajar sebuah universiti berhampiran ternampak kejadian itu turut membantu mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

“Pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan berhampiran dengan lokasi kejadian itu.

“Rondaan melibatkan unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan elemen daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah kerap dilakukan di tempat kejadian,” katanya.



Mohamad Nazri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau.-SH

Pelajar Perempuan Dipeluk Lelaki Bogel Ketika Jalan Sendirian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker