Anwar usul Dewan Rakyat bahas pendedahan Pandora Papers

Anwar usul Dewan Rakyat bahas pendedahan Pandora Papers

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, hari ini mengusulkan supaya Dewan Rakyat membahaskan pendedahan Kertas Pandora, yang membabitkan fail kewangan sulit.

Katanya, usul telah dibuat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara.

“Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama-nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pendedahan terbaru, Kertas Pandora, yang merupakan pendedahan fail kewangan sulit sebesar 2.94 terabyte kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ). ICIJ kemudian memberi akses kepada rakan-rakannya, termasuk Malaysiakini.

Pendedahan ini melibatkan lebih 11.9 juta dokumen dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan menguruskan syarikat shell dan pemegang amanah di tempat perlindungan cukai di seluruh dunia.

Lebih banyak dokumen berkaitan dengan urus niaga luar negara orang kaya Malaysia juga terdapat dalam kebocoran daripada penyedia perkhidmatan di Hong Kong atau di Caribbean.

Mereka termasuklah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Zainal Abidin, Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pengerusi eksekutif Westports G Gnanalingam.

Sehubungan itu Anwar yang juga anggota Parlimen Port Dickson memohon agar usul ini dipertimbang dan dilulus untuk dibahaskan. Mk

Anwar usul Dewan Rakyat bahas pendedahan Pandora Papers


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker